Wednesday 8 June 2011

sudah hampir setengah tahun berakhir



"woi!hang buat apa atas tu?!"sorang member aku bertanya.


"saja ja,ambik angin malam"dengan malas aku menjawab.

  Malam tu sekali lagi aku duduk atas tembok tingkat 3 asrama sekolah aku sambil menghadap permandangan padang sekolah yang sunyi.Bukannya melayan perasaan,tapi lebih kepada muhasabah diri dan salah satu alternatif untuk aku hilangkan keserabutan yang menguasai minda.Biasalah pelajar sekolah..Walaupun semua tu dah berakhir,kenangan dalam lipatan memori aku tak pernah pudar.Sering aku putarkan kembali apa yang aku lakukan pada waktu-waktu yang lepas di sekolah.Panjat pintu grill blok asrama nak ponteng prep,kerap kali la jugak aku buat.Dan bukannya aku sorang,bertimbun,berduyun yang turut panjat..

 Sampai satu malam selepas waktu maghrib aku dengar satu suara memekik.
"hoi!ampa suma tuqon(turun) la ney!aku boh penampaq soqang2 baqu tau!"iaitu suara warden yang,ustaz.

Dan aku bermonolog keseorangan di dalam bilik prep.

"fuhh,nasib baik tak kantoi prep malam neh"

 Bersama sebatang rotan ditangan yang sering beliau bawa di waktu subuh untuk mengejutkan semua penghuni asrama beliau terus membuka mangga pintu grill dan menuju ke bilik-bilik yang menempatkan semua penghuni aspura tingkatan 5.Jangan tanya apa yang terjadi,tapi dengar apa yang berbunyi.Libasan-libasan rotan yang menyakitkan singgah di p******g.arhh senang cakap punggung rakan sejagat aku aku yang kantoi malam tu..Yang lagi malang apabila tangan bertemu dengan muka..

 Pengajaran buat aku,sesuatu itu bukan boleh di duga walaupun kita rasakan nasib akan selalu menyebelahi kita.


Kalau nak di terjemahkan kepada tulisan apa yang aku lalui di sekolah memang tak terdaya nak taip.

Tutup cerita


SERING KALI ORANG TAFSIRKAN ASRAMA ITU SEUMPAMA PENJARA,PENJARA YANG HANYA MEMENJARAKAN JASAD TETAPI MINDA,PERMIKIRAN DAN JIWA BEBAS MEMAINKAN APA YANG DIKEHENDAKI.

1 comment: