Friday 24 June 2011

kekejaman



ianya berputar-putar mengelilingi mereka

mereka melihat sahaja tanpa berani bersuara

tak berani bersuara tak bermakna tiada kuasa

tetapi kemunafikan tersembunyi di sebalik jiwa yang katanya cinta kepada anak bangsa

hanya tahu mendabik dada mendongak langit

putus asa

 
kesakitan menguasai tubuh tatkala anak panah-anak panah itu menusuk jantung

menggelupur ibarat kematian menanti di hadapan

tanpa menyedari sinar harapan menanti di balik kesakitan itu

menunduk tanda menyerah kalah tanpa bertempur memeranginya

Friday 10 June 2011

babak pertama


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu

Waktu seakan terhenti terpinga mencari

Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami

Cuba aku mengerti

Korus
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh…


Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari

Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

(ulang korus)


Oh…


(ulang korus)


Oh…

Thursday 9 June 2011

mari kumpul duet

fixie bike

 "orang lain ada,aku pun nak ada jugakk"
"mungkin nanti aku akan ada sebijikk"

Wednesday 8 June 2011

sudah hampir setengah tahun berakhir



"woi!hang buat apa atas tu?!"sorang member aku bertanya.


"saja ja,ambik angin malam"dengan malas aku menjawab.

  Malam tu sekali lagi aku duduk atas tembok tingkat 3 asrama sekolah aku sambil menghadap permandangan padang sekolah yang sunyi.Bukannya melayan perasaan,tapi lebih kepada muhasabah diri dan salah satu alternatif untuk aku hilangkan keserabutan yang menguasai minda.Biasalah pelajar sekolah..Walaupun semua tu dah berakhir,kenangan dalam lipatan memori aku tak pernah pudar.Sering aku putarkan kembali apa yang aku lakukan pada waktu-waktu yang lepas di sekolah.Panjat pintu grill blok asrama nak ponteng prep,kerap kali la jugak aku buat.Dan bukannya aku sorang,bertimbun,berduyun yang turut panjat..

 Sampai satu malam selepas waktu maghrib aku dengar satu suara memekik.
"hoi!ampa suma tuqon(turun) la ney!aku boh penampaq soqang2 baqu tau!"iaitu suara warden yang,ustaz.

Dan aku bermonolog keseorangan di dalam bilik prep.

"fuhh,nasib baik tak kantoi prep malam neh"

 Bersama sebatang rotan ditangan yang sering beliau bawa di waktu subuh untuk mengejutkan semua penghuni asrama beliau terus membuka mangga pintu grill dan menuju ke bilik-bilik yang menempatkan semua penghuni aspura tingkatan 5.Jangan tanya apa yang terjadi,tapi dengar apa yang berbunyi.Libasan-libasan rotan yang menyakitkan singgah di p******g.arhh senang cakap punggung rakan sejagat aku aku yang kantoi malam tu..Yang lagi malang apabila tangan bertemu dengan muka..

 Pengajaran buat aku,sesuatu itu bukan boleh di duga walaupun kita rasakan nasib akan selalu menyebelahi kita.


Kalau nak di terjemahkan kepada tulisan apa yang aku lalui di sekolah memang tak terdaya nak taip.

Tutup cerita


SERING KALI ORANG TAFSIRKAN ASRAMA ITU SEUMPAMA PENJARA,PENJARA YANG HANYA MEMENJARAKAN JASAD TETAPI MINDA,PERMIKIRAN DAN JIWA BEBAS MEMAINKAN APA YANG DIKEHENDAKI.